Chargeman Letrik (A4)
FGV Palm Industries Sdn. Bhd.
Semenanjung Malaysia
Tugas dan Tanggungjawab
- Mengerja, mengendali dan menyenggara Sistem janakuasa, Sistem perlindungan, Sistem bahan api dan Papan suis penjanakuasa.
- Penyegerakan (Syncronising) janakuasa (Operasi dan penyenggaraan).
- Memahami dan berpengetahuan berkenaan dengan Akta Bekalan Elektrik 1990 peraturan-peraturan Elektrik 1994,prosedur keselamatan elektrik dan pertolongan cemas.
- Memperbaiki dan menyenggara sistem penggera(alarm system) dan semua jenis pemutus litar voltan rendah.
- Mengerja,mengendali dan menyeggara semua papan suis voltan rendah termasuk semua pemutus litar dan geganti perlindungan.
- Menyenggara (mengesan kerosakan dan memperbaiki)kerosakan pada kabel bawah tanah voltan rendah.
- Menyenggara,mengesan kerosakan dan memperbaiki semua jenis alat kawalan motor.
- Menyenggara bateri,pengecas inverter,UPS.
- Menyenggara,mengesan kerosakan dan memperbaiki(secara asas)kompenen-kompenen pendingin udara,kipas penyedut udara dan kelengkapan elektrik.
- Memasang dan menyenggara semua jenis lampu seperti lampu jalan, lampu taman lampu limpah dan alat kawalannya.
- Memasang,mengendali dan menyenggara , Pengubah voltan rendah dan komponen berkaitan, Sistem perlindungan kilat dan Semua jenis pemampat(compressor).
- Membantu melaksanakan aktiviti kecekapan tenaga.
- Mengenalpasti dan menentukan tahap-tahap keselamatan elektrik dan meletakkan notis-notis dengan sewajarnya.
- Memahami dan mampu mengendalikan alat-alat ujian voltan rendah.
- Mengerja, mengendali dan menyenggara system talian atas voltan rendah seperti pengalir bertebat(Aerial Bundle cable) dan tidak bertebat termasuk tiang, talian, umbang, peti agihan, peti pembekal dan alat kawalan.
Kelayakan
- SPM atau setaraf dengannya/ Diploma Kompetensi Elektrik (Penjagaan Jentera A4).
- Sijil Chargeman (A4) daripada Suruhanjaya Tenaga.
- 1 atau 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.